2021

WAKTU OPERASI KEDAI BUKU SEKOLAH

Assalamualaikum W.B.T.

Jualan buku tahun 2021

Minggu pertama – 04 hinga 08 Januari 2021
Mingggu kedua – 12 hingga 15 Januari 2021

Waktu Operasi
9.00 pagi – 2.00 petang

Sila rujuk harga buku pada lampiran di bawah:

MAKLUMAN BILIK UJIAN KELAYAKAN TAHUN 1 2021

Assalamualaikum W.B.T.

Makluman kepada ibu bapa/penjaga calon Ujian Kelayakan Tahun 1 2021, sila rujuk lampiran di bawah berkenaan bilik ujian mengikut no. pendaftaran UKS.

No. pendaftaran UKS: SRAISC/UKS/001

Bilik 1 SRAISC.UKS.001 - 025

Bilik 1 SRAISC/UKS/001 – 025

 

Bilik 2 SRAISC.UKS.026 - 050

Bilik 2 SRAISC/UKS/026 – 050

 

Bilik 3 SRAISC.UKS.051 - 075

Bilik 3 SRAISC/UKS/051 – 075

 

Bilik 4 SRAISC.UKS.076 - 100

Bilik 4 SRAISC/UKS/076 – 100

 

Bilik 5 SRAISC.UKS.101 - 125

Bilik 5 SRAISC/UKS/101 – 125

 

Bilik 6 SRAISC.UKS.126 - 149

Bilik 6 SRAISC/UKS/126 – 149

 

Bilik 7 SRAISC.UKS.150 - 173

Bilik 7 SRAISC/UKS/150 – 173

 

Bilik 8 SRAISC.UKS.174 - 197

Bilik 8 SRAISC/UKS/174 – 197

 

PENDAFTARAN TAHUN SATU SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI CHINCHIN BAGI SESI 2021

KA4

Assalamualaikum W.B.T.

PENDAFTARAN TAHUN SATU SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI CHINCHIN BAGI SESI 2021

Makluman kepada semua ibu bapa/penjaga, pendaftaran tahun 1/2021 bagi SRA Sg. Chinchin akan bermula pada 17 Julai 2020.

Pendaftaran adalah terhad kepada 40 orang terawal sahaja.

Ibu bapa/penjaga perlu membawa dokumen di bawah yang telah diakui sah salinan:

1. 1 salinan sijil kelahiran anak atau borang w atau anak angkat
2. 1 salinan kad pengenalan bapa/penjaga
3. 1 salinan kad pengenalan ibu/penjaga
4. 1 salinan sijil perakuan nikah atau cerai atau rujuk atau perintah hak jagaan anak (hadhanah/custody)
5. 1 salinan dokumen pendaftaran sekolah kebangsaan (SK)
6. 1 salinan bil utiliti (bil elektrik atau bil air)

Sekian, harap maklum..


Channel Telegram SRAISC
Klik di sini untuk menyertai channel telegram rasmi SRAISC

 

TEMUJANJI UJIAN KELAYAKAN TAHUN 1/2021

Assalamualaikum W.B.T
Makluman kepada semua ibu bapa/penjaga yang telah menghantar borang manual tahun 1/2021 ke sekolah tetapi belum membuat temujanji ujian, tuan dikehendaki untuk berbuat demikian bagi mengelakkan permohonan anak tuan menduduki Ujian Kelayakan Tahun 1 terbatal.

Pautan untuk membuat temujanji telah diberikan pada slip hijau.

Sekian, harap maklum.

TEMUJANJI PENGHANTARAN BORANG MANUAL MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN TAHUN SATU (UKS) 2021 (BAGI YANG TELAH MENDAFTAR ONLINE SAHAJA) SRAI SUNGAI CHINCHIN

Assalamualaikum W.B.T.

Adalah dimaklumkan bahawa penghantaran borang manual menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu (UKS) 2021 akan diadakan secara TEMUJANJI bermula pada 10 hingga 30 Jun 2020 sebagaimana arahan yang dikeluarkan oleh pihak BPI JAIS.

Ibu/Bapa/Penjaga WAJIB membuat TEMUJANJI tersebut sebelum hadir ke sekolah dengan mendaftar di dalam link berikut :- https://cutt.ly/borangmanualukssraisc2021

Kegagalan ibu/bapa/penjaga membuat TEMUJANJI tersebut akan menyebabkan penghantaran borang manual tergendala dan diminta untuk menghantarnya pada hari yang lain.

memo-makluman-penghantaran-borang-manual-uks-tahun-1-2021

Memo Makluman Penghantaran Borang Manual Menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu (UKS) 2021

 

carta-alir-urusan-di-kaunter-pejabat-sraisc

Carta Alir Urusan Di Kaunter Pejabat SRA Integrasi Sungai Chinchin

 

langkah-langkah-pencegahan-covid-19

Langkah-Langkah Pencegahan Covid-19 Di SRA Integrasi Sungai Chinchin

 

 



MAKLUMAN BERKENAAN PENDAFTARAN UJIAN KELAYAKAN TAHUN SATU (UKS) ONLINE

Assalamualaikum W.B.T.

Adalah dimaklumkan bahawa Pendaftaran Menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu (UKS) 2021 secara ONLINE akan DITUTUP pada 15 Mei 2020 (Jumaat).

Ibubapa/Penjaga WAJIB mendaftar secara ONLINE sebelum tarikh tutup pada 15 Mei 2020. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan tuan/puan DITOLAK.

Ibubapa/penjaga juga WAJIB membuat pendaftaran secara MANUAL (bagi yang telah membuat pendaftaran online sahaja) ke pejabat sekolah dengan menghantar borang pendaftaran UKS 2021 beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas TAMAT arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan ATAU setelah mendapat kebenaran daripada pihak JAIS. Kegagalan melaksanakan perkara ini juga akan menyebabkan permohonan tuan/puan DITOLAK.

Sebarang makluman lanjut sila layari telegram sekolah (https://t.me/sraiscrasmi) ATAU laman web sekolah (https://sraisc.wordpress.com).

Harap maklum.