SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Rendah Agama Sungai Chinchin diasaskan pada tahun 1920 dalam kawasan tanah wakaf Masjid Sungai Chinchin. Ianya dahulu dikenali dengan Madrasah An Nurul Muhammadiah iaitu mengambil sempena pengasas madrasah ini. Pengasasnya ialah Tuan Sheikh Hj. Mohd Nor Bin Naim, seorang tokoh ulama’ dari Mandaling Sumatera, Indonesia. Beliau meninggal dunia sekitar tahun 20-an dan di makamkan bersebelahan Masjid Sungai Chinchin.

Bangunan madrasah diperbuat daripada buluh dan kayu bertam. Ia didirikan secara bergotong-royong. Jumlah murid pada ketika itu seeramai 50 orang termasuk lelaki dan perempuan. Guru yang mula-mula mengajar ialah Lebai Hj. Siddiq yang berkhidmat tanpa gaji. Sistem pembelajaran sekolah adalah mengikut system pondok. Segala perbelanjaan adalah dari sumber wang sedekah termasuk Paduka Sultan Perak Darul Ridwan.

Pada tahun 30-an, bangunan sekolah (madrasah) diperbaharui dan diperbuat daripada papan beratapkan zink dan lantai simen yang dibuat secara bergotong-royong. Segala perbelanjaan adalah daripada sumbangan orang ramai. Bilangan murid kian bertambah dan tenaga pengajar pada ketika itu antaranya Tuan Hj. Imam b. sutan Muda, Tuan Hj. Tahir b. Hj. Sheikh Mohd Nor, Tuan Hj. Qasim b. Sutan Muda, Abdul Malik b. Hj. Jalaluddin dan ramai lagi guru-guru yang lain. Guru-guru ini mengajar secara sukarela.

Pada tahun 40-an bilangan kian bertambah. Guru-guru mula dibayar gaji oleh Kerajaan British. Gaji Guru Besar RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh) sebulan manakal guru-guru biasa dibayar sebanyak RM5.00 (ringgit malysia Lima) sebulan. Guru-guru ini juga menerima kenaikan gaji yang sesuai mengikut tahap yang sesuai pada masa itu. Perjalanan sekolah terus berjalan hingga akhir tahun 40-an dan bangunan sekolah juga bertambah baik.

Pada pertengahan tahun 50-an, kerajaan telah mendirikan bangunan yang baru bersebelahan Masjid Sungai Chinchin melalui Rancangan Pembangunan Luar Bandar.
Bangunan ini telah siap dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Syis pada 25 Rabiul Awal 1380H Bersamaan 16 September 1960M. Bangunan ini mengandungi 4 buah bilik darjah. Pada tahun berikutnya ditambah sebuah bilik darjah menjadikan sebanyak 5 buah bolik darjah wujud sehingga tahun 1991 dengan pertambahan bilangan murid pada setiap tahun.

Pada tahun 1992 kerajaan negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membina bangunan baru di atas sebahagian Tanah Wakaf Masjid Sungai Chinchin di Lot 2197, Mukim Batu. Bangunan ini mengandungi 12 bilik darjah beserta bilik Guru Besar, perpustakaan, tandas, dengan kos projek (PDA) pada ketika itu berjumlah RM600,00.00 (Ringgit Malaysia Enam Ratus Ribu).

Pada tahun 2000 Sekolah Rendah Agama Sungai Chinchin telah dipilih oleh pihak JAIS untuk menjalani satu Pilot Projecta iaitu sebagai Sekolah Rendah Agama (Integrasi) yang menggabungkan system pembelajaran akademik dan agama dalam satu sesi persekolahan yang bermula dari jam 7.40 pagi hingga jam 4.40 petang.Pendaftaran murid baru Sekolah Rendah Agama (Integrasi) Sungai Chinchin adalah seramai 120 orang dengan bilangan murid untuk satu kelas seramai 40 orang.Pertambahan ini terus meningkat dari tahun ke tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s