Month: February 2012

Permohonan Pertukaran Murid SK (Luar) Ke SRAI Selangor

Assalamualaikum Wr. Wb.

Semua urusan permohonan pertukaran murid dari SK atau Sekolah Swasta untuk belajar di Sekolah Rendah Agama Integrasi Selangor hendaklah diajukan terus kepada :-

Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Jabatan Agama Islam Selangor
Tingkat 2 Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah,
No. 2 Persiaran Masjid, Bukit SUK
Seksyen 5 , 40676 SHAH ALAM
(U.p : Penyelia SRAI Selangor)

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang BOR-PK-JAIS (O)-BPI-02-2 (Warna kuning – 4 Salinan) garis panduan permohonan boleh dirujuk di sini.

Advertisements

Permohonan Mengguna Premis SRAISC

Assalamualaikum Wr. Wb.

Permohonan bagi menggunakan premis atau kawasan sekolah ini hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang disediakan. Borang tersebut boleh diperolehi di pejabat sekolah atau dimuat turun dari laman ini. Semua urusan adalah dibawah tanggungjawab pemohon. Sila klik di sini.

Langkah 1 : Mendapatkan sokongan daripada Guru Besar bagi mengelakkan pertindihan tarikh dengan program sekolah

Langkah 2 : Mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak

Langkah 3 : Mendapatkan kelulusan daripada SS Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor

Selepas mendapat kelulusan sila hantar 1 salinan kepada pihak sekolah untuk tujuan dokumentasi.