Month: December 2016

RAYUAN PENEMPATAN TINGKATAN SATU (1) BAGI SEKOLAH KAWALAN/SABK (SAM/SAMT) NEGERI SELANGOR TAHUN 2017

Rayuan penempatan murid ke Tingakatan 1 Sekolah Kawalan/SABK (SAM/SAMT) Negeri Selangor 2017 boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang JAIS atau melalui pautan yang diberikan di bawah.

Bagi ibubapa yang tidak membuat permohonan Tingakatan 1 Sekolah Kawalan/SABK (SAM/SAMT) secara online, boleh juga untuk membuat rayuan secara online dengan melayari laman sesawang JAIS atau melalui pautan di bawah.

Tarikh rayuan ialah mulai 28 Disember 2016 hingga 6 Januari 2017.

Keputusan tawaran rayuan akan dikeluarkan pada 13 Januari 2017. Ibubapa boleh semak keputusan rayuan melalui laman sesawang JAIS.

    Pautan:

  • Klik di sini  untuk ke laman sesawang JAIS (di bahagian pengumuman terkini) atau
    klik di sini untuk terus ke laman sesawang rayuan.

SENARAI YURAN SRAISC & SRASC SESI 2017

Assalamualaikum

Berikut dilampirkan senarai yuran SRAISC & SRASC bagi sesi 2017 untuk rujukan dan tindakan tuan/puan.

Tarikh: 30/12/2016 dan 02/01/2017
Masa: 8.00 pagi – 3.30 pm
Tempat: Dewan Utama SRAISC

  • Pembayaran yuran adalah seperti biasa di pejabat bermula pada 3/1/2017.
  • Tuan/puan digalakkan untuk membuat bayaran yuran pada tarikh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan ketika membuat pembayaran di pejabat.

Sekian untuk makluman.

Yuran SRAISC

img214

Yuran SRASC

img215

SENARAI HARGA BUKU SRAISC & SRASC SESI 2017

Assalamualaikum,

Kedai buku sekolah akan dibuka bermula pada 27/12/2016 (Selasa) hingga 30/12/2016 (Jumaat) dan 2/1/2017 (Isnin) jam 9.00 pagi – 3.00 petang.
Berikut dilampirkan senarai harga buku SRAISC & SRASC bagi sesi 2017 untuk rujukan dan tindakan tuan/puan.

Sekian untuk makluman.

SRAISC:

SRASC:

Note: Penjualan buku tertakluk selagi stok masih ada.