Month: January 2022

KEPUTUSAN RAYUAN UJIAN KELAYAKAN KEMASUKAN TAHUN SATU (1) TAHUN 2022

Assalamualaikum W.B.T.

Ibu Bapa/Penjaga
Calon Ujian Kelayakan SRAI Tahun 1/2022
SRAI Sungai Chinchin

Tuan,

MAKLUMAN KEPUTUSAN RAYUAN UJIAN KELAYAKAN KEMASUKAN TAHUN SATU (1) SRAI JAIS TAHUN 2022.

Dengan segala hormatnya, merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menghubungi calon yang berjaya dalam rayuan kemasukan murid tahun 1/2022. Sehubungan dengan itu kepada calon yang tidak dihubungi oleh pihak sekolah dianggap tidak berjaya.

3. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui emel sekolah: adminsraisc@gmail.com

Segala kerjasama dan keprihatinan tuan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“SELANGOR MAJU BERSAMA”
“BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”