Month: April 2020

PENDAFTARAN ATAS TALIAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI 2021

Assalamualaikum W.B.T.

Adalah dimaklumkan bahawa Pendaftaran Menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu Sekolah Rendah Agama Integrasi Negeri Selangor bagi Tahun 2021 secara ONLINE dan MANUAL akan bermula pada 15 April 2020 hingga 15 Mei 2020.

Sila baca NOTIS MAKLUMAN PENDAFTARAN UJIAN KELAYAKAN TAHUN SATU (UKS) SRAI NEGERI SELANGOR TAHUN 2021 dengan teliti bagi mengelakkan permohonan tuan/puan tidak diproses dan terbatal.

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN NOTIS MAKLUMAN PENDAFTARAN

Berikut adalah perkara yang perlu dibuat oleh ibubapa untuk pendaftaran kemasukan tahun 1 2021:

  1. Sila klik pautan ini untuk membuat pendaftaran kemasukan tahun 1 2021: PENDAFTARAN ATAS TALIAN KEMASUKAN TAHUN 1 SESI 2021
    atau SCAN QR CODE di bawah:
    download
  2. Senarai Semak Pendaftaran UKS Tahun 1 2021 (WAJIB CETAK DAN ISI DENGAN LENGKAP)
  3. Borang Pendaftaran UKS Tahun 1 2021 (WAJIB CETAK DAN ISI DENGAN LENGKAP – 2 SALINAN)
  4. Borang Pemastautinan JAIS (DIISI BAGI YANG BERKENAAN SAHAJA)
  5. Garis Panduan UKS Tahun 1 2021 (WAJIB BACA)
  6. Garis Panduan Pemastautin Tetap Tahun 1 2021 (WAJIB BACA)
  7. Soalan-Soalan Lazim UKS Tahun 1 2021 (WAJIB BACA)

PENDAFTARAN UKS TAHUN 1 2021

Assalamualaikum W.B.T.

Adalah dimaklumkan bahawa Pendaftaran Menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu Sekolah Rendah Agama Integrasi Negeri Selangor bagi Tahun 2021 secara ONLINE dan MANUAL akan bermula pada 15 April 2020 hingga 15 Mei 2020.

photo_2020-04-13_20-02-16Surat_Makluman_Pendaftaran_Menduduki_UKS_SRAI_Negeri_Selangor_Tahun_Page_1Surat_Makluman_Pendaftaran_Menduduki_UKS_SRAI_Negeri_Selangor_Tahun_Page_2

 

Sila baca NOTIS MAKLUMAN PENDAFTARAN UJIAN KELAYAKAN TAHUN SATU (UKS) SRAI NEGERI SELANGOR TAHUN 2021 dengan teliti bagi mengelakkan permohonan tuan/puan tidak diproses dan terbatal.

Tuan/puan dikehendaki melayari telegram sekolah (https://t.me/sraiscrasmi) ATAU laman web sekolah (https://sraisc.wordpress.com) bermula pada 15 April 2020 untuk mengakses perkara-perkara berikut :-

  1. Permohonan online pendaftaran UKS 2021 melalui SCAN QR CODE atau melalui alamat URL yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
  2. Senarai Semak Pendaftaran Menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu SRAI Negeri Selangor Tahun 2021 (WAJIB CETAK DAN ISI DENGAN LENGKAP).
  3. Borang Pendaftaran Kemasukan Murid Tahun Satu SRAI Negeri Selangor Tahun 2021 (WAJIB CETAK DAN ISI DENGAN LENGKAP – 2 SALINAN).
  4. Borang Pengesahan Pemastautinan Ibu/Bapa/Penjaga (DIISI BAGI YANG BERKENAAN SAHAJA).
  5. Garis Panduan Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu (1) Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Negeri Selangor Darul Ehsan Tahun 2021 (WAJIB BACA!).
  6. Garis Panduan Pemastautin Tetap Ujian Kelayakan Tahun Satu (UKS) SRAI Negeri Selangor Tahun 2021 (WAJIB BACA!).
  7. Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Kemasukan Murid Tahun Satu (1) Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Negeri Selangor Darul Ehsan Tahun 2021 (WAJIB BACA!).

Sebarang makluman atau perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian, harap maklum.

SILA KLIK DISINI UNTUK MUAT TURUN NOTIS MAKLUMAN PENDAFTARAN UKS TAHUN 1 2021

CARTA ALIR PENDAFTARAN UKS TAHUN 1 SESI 2021 SRAI SUNGAI CHINCHIN