Month: October 2015

PENANGGUHAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015.

Assalamualaikum W.B.T.

  1. Makluman terkini kepada semua ibu bapa/penjaga murid SRAISC dan SRASC, berikutan bencana jerebu yang melanda dan penutupan sekolah dilakukan seperti yang telah diarahkan oleh KPM, pihak pentadbiran SRAISC/SRASC mengambil langkah untuk menangguhkan Peperiksaan Akhir Tahun 2015.
  2. Jadual baharu akan diberikn kepada ibu bapa penjaga melalui anak tuan/puan sebaik sahaja sekolah dibuka.
  3. Untuk makluman pihak tuan/puan juga, sekiranya sekolah dibuka esok (23/10/2015-jumaat), maka sesi persekolahan pada hari tersebut hendaklah menggunapakai jadual pembelajaran seperti biasa.

Sekian, harap Maklum.

Advertisements

PENUTUPAN SEKOLAH PADA 22 OKTOBER 2015 (KHAMIS)

Assalamualaikum W.B.T.

Merujuk kepada kenyataan media Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 21 Oktober 2015 adalah berkaitan. Makluman kepada ibu bapa murid SRAISC.

  1. Berikutan bacaan IPU masih berada pada tahap yang tidak sihat, dengan ini pihak sekolah mengambil langkah sama yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu sekolah ditutup pada Hari Khamis (22/10/2015).
  2. Peperiksaan yang dijadualkan pada Hari Khamis ditunda dan tarikh peperiksaan yang baru akan diberitahu kelak. Peperiksaan akan dijalankan mengikut hari sekolah dibuka seperti yang telah dijadualkan di dalam edaran kepada ibu bapa sebelum ini.

Sekian, harap maklum.

PENUTUPAN SEKOLAH PADA 21 OKTOBER 2015 (RABU)

Assalamualaikum W.B.T.

Merujuk kepada kenyataan media Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 20 Oktober 2015 adalah berkaitan. Makluman kepada ibu bapa murid SRAISC.

  1. Berikutan bacaan IPU masih berada pada tahap yang tidak sihat, dengan ini pihak sekolah mengambil langkah sama yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu sekolah ditutup pada Hari Rabu (21/10/2015).
  2. Peperiksaan yang dijadualkan pada Hari Rabu ditunda dan tarikh peperiksaan yang baru akan diberitahu kelak. Peperiksaan akan dijalankan mengikut hari sekolah dibuka seperti yang telah dijadualkan di dalam edaran kepada ibu bapa sebelum ini.

Sekian, harap maklum.

PINDAAN TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAGI SUBJEK PENDIDIKAN SENI TAHUN 4 & 5 2015

Assalamualaikum W.B.T.

Makluman kepada ibu bapa,
Peperiksaan Pendidikan Seni bagi tahun 4 dan 5, akan ditunda pada Hari Jumaat (23.10.2015)
Sila lihat lampiran dibawah bagi soalan Pendidikan Seni Tahun 4 & 5.

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun yang baru akan diedarkan sebaik sahaja sekolah dibuka semula.

 

Soalan bagi Tahun 4 Tahun4

 

Soalan bagi Tahun 5

Tahun5

Sekian, harap maklum.

 

 

PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU

Assalamualaikum W.B.T.

Merujuk kepada kenyataan media Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 19 Oktober 2015 adalah berkaitan. Makluman kepada ibu bapa murid SRAISC.

  1. Berikutan bacaan IPU masih berada pada tahap yang tidak sihat, dengan ini pihak sekolah mengambil langkah sama yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu sekolah ditutup pada hari Selasa (20/10/2015).
  2. Peperiksaan yang dijadualkan pada hari Selasa ditunda dan tarikh peperiksaan yang baru akan diberitahu kelak. Peperiksaan akan dijalankan mengikut hari sekolah dibuka seperti yang telah dijadualkan di dalam edaran kepada ibu bapa sebelum ini.

Sekian, harap maklum.

kpm cuti jerebu