PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN 1 2020

Banner Pendaftaran Tahun 1 2020

Garis Panduan Pengisian Maklumat Kesihatan Tahun 1 2020

Garis Panduan Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 SRAI Tahun 2020

Memo 1

Memo 2

Ibu bapa yang bukan lahir di Negeri Selangor perlu mengisi borang pemastautin. Klik DI SINI untuk muat turun borang pemastautin.


SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN
SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI)
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN TAHUN 2020

  1. BAGAIMANAKAH PERMOHONAN DILAKSANAKAN?

    Permohonan hendaklah dibuat ke sekolah SRAI yang dikehendaki sama ada di :-

    a) SRA Integrasi Seksyen 19, Shah Alam
    Tel : 03-55424950
    Email : sraiseksyen19@gmail.com

    b) SRA   Integrasi   Bandar   Baru   Bangi, Hulu Langat
    Tel : 03-89254714
    Email : sraibbbangi@gmail.com

    c) SRA Integrasi Taman Keramat, Gombak
    Tel : 03-42573911
    Email : sraitk@gmail.com

    d) SRA Integrasi Tengku Ampuan Fatimah, Batu Belah, Klang
    Tel : 03-33410816
    Email : sraitafbatubelah@gmail.com

    e) SRA Integrasi Dato’ Mufti Yusof Sahabuddin, Seksyen 7, Shah Alam
    Tel : 03-55180799
    Email : sraiseksyen7@gmail.com

    f) SRA Integrasi Muhammadiah, Pekan Sabak, Sabak Bernam
    Tel : 03-32162257
    Email : Sraisabak@Gmail.Com

    g) SRA Integrasi Salak Tinggi, Sepang
    Tel : 03-87063979
    Email : sraistinggi@gmail.com

    h) SRA Integrasi Pekan Beranang, Beranang, Hulu Langat
    Tel : 03-87668048
    Email : sraipberanang@gmail.com

    i) SRA Integrasi Sungai Chinchin, Gombak
    Tel : 03-61875464
    Email : adminsraisc@gmail.com

    j) SRA Integrasi Sungai Manggis, Banting, Kuala Langat
    Tel : 03-31813122
    Email : sraism@gmail.com

    k) SRA Integrasi Bandar Baru Kuala Selangor, Kuala Selangor
    Tel : 03-32893739
    Email : sraikselangor@gmail.com

  2. BILAKAH PERMOHONAN SRAI BOLEH DILAKSANAKAN?

    Permohonan akan dilaksanakan mulai 01 hingga 30 April 2019 (Waktu bekerja sahaja).

  3. PERLUKAH SAYA MENDAFTARKAN ANAK SAYA KE SEK. KEBANGSAAN SEBELUM MENDAFTAR DI SRAI?

    Ya. Ibubapa/Penjaga hendaklah mendaftarkan anak mereka di Sek. Kebangsaan terlebih dahulu sebelum mendaftar anak di SRAI.

  4. APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN KETIKA MENDAFTAR DI SRAI?

    Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan pendaftaran menduduki UKS (dapatkan di sekolah). Sila sertakan salinan surat kelahiran anak, salinan kad pengenalan ibubapa/ penjaga, salinan dokumen pendaftaran Sekolah Kebangsaan, salinan bil utiliti (api atau air) dan borang pengesahan pemastautin Selangor (jika berkenaan).

  5. APAKAH SYARAT KELAYAKAN UNTUK DITERIMA MASUK KE SRAI?

    Sila rujuk syarat permohonan yang dilampirkan.

  6. ADAKAH SRAI MERUPAKAN SALAH SEBUAH SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)?

    SRAI bukan merupakan sekolah di bawah KPM. Ia merupakan Sekolah Agama Negeri (SAN) yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

  7. ADAKAH RAYUAN BOLEH DIBUAT SEKIRANYA ANAK TIDAK BERJAYA SEMASA UJIAN KELAYAKAN TAHUN SATU 2020?

    Ya. Ibubapa/Penjaga boleh membuat rayuan tersebut dengan mendapatkan borang rayuan di sekolah SRAI bermula dari 18 Julai 2019 hingga 2 Ogos 2019 (Waktu bekerja sahaja). Borang rayuan yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar ke JAIS melalui sekolah SRAI yang terlibat.

  8. KE MANAKAH MURID-MURID SRAI BOLEH MENERUSKAN PELAJARAN SETELAH TAMAT PERSEKOLAHAN DI SRAI?

    Murid-murid SRAI boleh memohon untuk meneruskan pelajaran ke :-

  • Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) – JAIS.
  • Sekolah Agama Menengah (SAM)/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) – JAIS.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) – KPM.
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) – Aliran Perdana atau Kelas Aliran Agama (KAA).
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

    *Syarat kelayakan untuk diterima ke SAM/SABK JAIS ialah murid mendapat keputusan terbaik (Mumtaz Terbaik) dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan lulus dengan baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s