Salah Faham Fungsi PIBG

Kebanyakan kita terlibat dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Namun masih ramai antara kita yang tidak memahami fungsi sebenar PIBG ini. Akibat tidak faham fungsi PIBG ini maka ada kalanya PIBG dijadikan medan perdebatan di kalangan ibu bapa dan guru yang melibatkan pencapaian prestasi akademik dan moral anak-anak jagaan kita.

Justeru itu demi kebaikan anak-anak jagaan kita (Ibu Bapa) dan anak-anak didikan kita (Guru) adalah diharapkan semua ahli PIBG memahami matlamat asal penubuhan PIBG agar kita semua dapat bergerak di landasan yang betul dalam suasana yang penuh harmoni.

Berikut adalah sebahagian dari pekara asas yang perlu difahami oleh semua ahli PIBG dari segi fungsi dan batasan kuasa :

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah
bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang
berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community partnership).

Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ‘saling melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan
suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.

MATLAMAT PIBG

1. Maksud PIBG ialah :
a) Untuk mengadakan suatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu.
b) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah atau institusi pelajaran pada memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan-kegiatan mereka.
c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru-guru di sekolah atau institusi pelajaran itu bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran pada amnya
d) Untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah atau institusi pelajaran itu berunding antara satu dengan lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya.

2. Tujuan-tujuan persatuan ialah
a) Untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu memperolehi faedah maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.
b) Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka baik di rumah atau di sekolah atau institusi pelajaran itu.
c) Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dan jasmani.

BATASAN
PIBG tidak boleh memperluaskan bidang kuasa kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah.

PIBG tidak boleh melibatkan dirinya dalam hal-hal yang berkaitan dengan profesyen dan syarat-syarat perkhidmatan para guru sekolah berkenaan.

PIBG tidak boleh menjadikan dirinya sebagai mekanisma atau instrumen bagi tujuan menyelesaikan masalah atau apa-apa perkara yang berkaitan diantara dirinya dengan Pengetua/Guru Besar atau staf sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran Malaysia atau Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

PIBG di sekolah-sekolah juga diingatkan supaya tidak membabitkan persatuan dan sekolah dengan apa juga kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.

posting asal: http://waghih.blogspot.com

Sumber Rujukan :
http://www.semukhsin.edu.my/pibg-rpc.htm
http://www.moe.gov.my/galeri_awam/pekeliling/2008_BTMK_105_3883_735.pdf
http://pkukmweb.ukm.my/~istilah/perlembagaan.htm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s